Revolusi
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

2 posters

Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:06 pm

Mee Kari..
sumber dan gambar myrespi..

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc P1050300

Bahan-bahan ( Untuk 4 orang Makan )



  • 1 kilo mee kuning
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/4 bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • beberapa tangkai daun kesum
  • sedikit daun kari
  • satu paket Fish ball
  • 3 cawan santan
  • 1 keping kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/4 ekor ayam di cincang kasar
  • sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.


Cara-cara



  1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.
  4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.
  5. rebus telur, celur sawi, mee kuning dan taugeh sebagai pelengkarp mee kari nyonya. rasa mee kari ni mmg lain dr yang lain dan tak muak bila memakannya. boleh juga ditabur sedikt bawang goreng. Selamat mencuba.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:10 pm

Mee bandung dagang
sumber & gambar myrespi.
ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Meebandung
Bahan-bahan ( 4 orang )



  • 500g udang kering segar
  • cili kering atau cili giling
  • gula pasir
  • bawang merah 20 biji
  • bawang putih 5 biji
  • mee kuning 1 peket
  • sotong basah
  • telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
  • Sayur sawi 2 ikat
  • tauhu goreng 5 keping
  • garam
  • air untuk kuah
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging lembu ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi sedap
  • Taugeh (celur)


Cara-cara



  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  4. Cuci mee kuning dan toskan
  5. Potong sayur sawi dan tomato
  6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa.
  13. Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  14. Makan semasa panas
  15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:14 pm

Bihun Singapore
ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Bihunspore
Bahan-bahan ( 10 orang makan )



  • 1 bungkus bihun - direndam dulu
  • 300g daging - dipotong kecil2
  • 3-4 keping fish cake
  • sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
  • 3 sudu makan cuka
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam / lada putih
  • 2 biji tomato - potong nipis jika suka
  • garam dan gula secukupnya
  • cili api- potong nipis + kicap sebagai sos


Cara-cara



  1. lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
  2. panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
  3. masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
  4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
  5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
  6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
  7. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:19 pm

Mee Goreng Hitam
ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Meow005-3

Bahan-bahan (4-5 orang)




  • 1 bungkus mee kuning
  • ayam dipotong sedang(anggaran ikut sukahati)
  • sedikit daging (optional)
  • 4 ulas bawang putih sedang (ditumbuk kasar)
  • 2 -3 ulas bawang merah (ditumbuk sedang)
  • sedikit lada merah diblender(kalau maw pedas tambah lagi)
  • sedikit kicap ayam brand dan sedikit kicap pekat (anggar sendiri)
  • sayur2an ikut suka selalunya guna sawi, kobis
  • 1 biji tomato (dibelah kecil)
  • daun ketumbar atau daun sup (dihiris halus)
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya



  • minyak untuk menumis


    Cara-cara


  1. panaskan kuali kemudian masukkan bawang putih goreng hingga naik bau kemudian masukkan bawang merah pula masukkan lada blender goreng hingga garing


  2. masukkan daging biarkan separuh empuk kemudian masuk sedikit air



  3. kemudian masukkan ayam biarkan sebentar masukkan 2 jenis kicap, gula, bahan perasa dan rasa sedikit sekiranya sudah agak masinnya tak perlu ditaruh garam... tapi sekiranya kurang masin taruhlah sedikit


  4. masukkan buah tomato yg dibelah kecil tadi agak2 bila kuah nak mendidih masukkan mee bersama sawi dan kubis dan dikacau rata

  5. Selang 3 saat nak tutup api masukkan daun sup atau daun ketumbar

  6. sedia untuk dihidangkan selamat mencubaaaa





meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty MEGI GORENG

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:25 pm

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Meows016
Bahan-bahan ( 4 orang )



  • 2 biji telur (optional)
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 peket maggie perisa kari
  • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.
  • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
  • 2 cawan air
  • minyak untuk menumis
  • utk hiasan:
  • - daun bawang
  • - bawang goreng
  • - cili merah


Cara-cara



  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
  3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
  4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
  6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
  7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Mee Hailam

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:26 pm

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Baking_Esential
Bahan-bahan ( 6 orang )



  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara



  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Mee Sup Ikan Bilis

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:29 pm

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Picture_1174

Bahan-bahan ( 1 family... )



  • rm1 ikan bilis (lg banyak lg sedap)
  • fish ball, fish cake secukupnya
  • 6 ulas bawang putih-ketuk
  • 3 biji bawang merah-hiris
  • sawi, taugeh,carrot
  • 1 paket mee kuning
  • telur/telur rebus
  • minyak
  • @cili kicap untuk dimakan bersama mee


Cara-cara



  1. masukkan ikan bilis didalam periuk bersama air secukupnya dan rebus hingga mendidih. angkat dan tapiskan, simpan airnya untuk kuah mee.
  2. panaskan minyak, tumis bawang2 hingga naik bau. masukkan fishcake, fish ball. masukkan stok ikan bilis tadi.
  3. masukkan sayur2an. masukkan garam jika perlu dan pecahkan telur jika suka (jun x isi, makan dgn telur rebus)
  4. masukkan mee atau boleh juga dimasukkan kemudian bila nak makan, tp celurkan mee terlebih dahulu.
  5. hidangkan bersama cili kicap (bg mereka yg nak pedas atau yg x suka pedas, leh wat mcm jun, sediakan kicap manis 1/2 mangkuk kecil, titikkan minyak bijan dan makan bersama mee)

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:35 pm

Mee Hoon Goreng Lada Hitam
ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc PB060082
Bahan-bahan ( 1 family )



  • 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
  • ( * ) bahan dikisar bersama
  • 1 cawan udang
  • 2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
  • 1 paket fish ball dibelah dua
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
  • 3 sudu makan sos tiram
  • secekak daun kucai - dipotong 2 inci
  • 2 genggam taugeh
  • 1 batang lobah merah- di hiris memanjang
  • garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
  • minyak untuk memasak


Cara-cara



  1. panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan
  2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit
  3. masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar
  4. masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak
  5. masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap
  6. akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:37 pm

Mee Campak.
ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Meecampak
Bahan-bahan ( 4 orang )



  • 600 gm atau sekati mee kuning
  • 200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging
  • 100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • air untuk jadikan kuah
  • Bahan untuk kisar:
  • 2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
  • Bahan untuk sambal kicap:
  • 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!


Cara-cara



  1. Basuh mee kuning tadi dan toskan
  2. Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil
  3. Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai
  4. Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur
  5. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan awas jangan sampai hangus pula!
  6. Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air
  7. Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya
  8. Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu!

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:39 pm

Mee Kari Nyonya.
ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc P1050300
Bahan-bahan ( Untuk 4 orang Makan )



  • 1 kilo mee kuning
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/4 bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • beberapa tangkai daun kesum
  • sedikit daun kari
  • satu paket Fish ball
  • 3 cawan santan
  • 1 keping kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/4 ekor ayam di cincang kasar
  • sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.


Cara-cara



  1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.
  4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.
  5. rebus telur, celur sawi, mee kuning dan taugeh sebagai pelengkarp mee kari nyonya. rasa mee kari ni mmg lain dr yang lain dan tak muak bila memakannya. boleh juga ditabur sedikt bawang goreng. Selamat mencuba.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Thu Feb 21, 2008 4:40 pm

Mee Kolok Kuah Basah.
ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Mee_kolok.
Bahan-bahan ( 1 org )



  • 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
  • 3 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
  • 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
  • 3 cawan air rebusan daging/ ayam
  • 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
  • Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
  • HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya


Cara-cara



  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  2. Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
  3. Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by nashra Wed Apr 16, 2008 10:42 pm

gambar2 tu semua hasil meow masak sendiri ke?

memang pakar betul la meow ni..

nanti kalau nash visit kuantan nak pi la visit meow..

nak makan masakan meow (ni booking awal2..hehehe)

nash memang suka masakan mee..

nak2 kalau mee goreng tu..

sedap je tengok mee goreng hitam tu..

nash kalau masak sendiri tak berapa nak lalu makan..

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 12:11 am

nash.. tak seme.. ada yg resepi tu ku cilok.. ada yg dah cuba tapi tak amik snap gambor daa..

mee goreng itam lama dah kita tak wat nash.. coz asben ni lebey suka yg berebus dan sup2 nyer..

bebaru ni ada wat sizzling noodle dia suka.. tapi tak sempatlaa nak snap gambor..

alaa biasa aje masakan kita.. kalu cukup rencah menjadilaa iaa..hahaha...

haa nash punya pasal.. kita sanggup wat taw... insyaallah..

eh tapi betuilaa nash.. kita kalu masak sendiri..jarang nak berselerakan..kalu org lain yg masak.. hmm amboiii sedaknyaaaaaaaaaa Razz

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by nashra Fri Apr 18, 2008 9:39 pm

hehehehe...

nash suka kalau masak lepas tu tengok tetamu makan syok aje..

sungguh pun tak lalu nak makan masakan sendiri, tapi puas hati tengok org makan masakan kita..betul tak?

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 11:33 pm

kenyataan nash tu memang cukup haku setuju.. ialah bila kita masak..terutama kalu masak banyak2 khas utk tetamu yg datang.. terasa penat lelah kita tu berbaloi sangat2 kan.. Very Happy

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by nashra Sat Apr 19, 2008 6:58 pm

lagi semangat nak masak kan?

dan lagi satu, nash cukup risau kalau tetamu datang tak cukup kelengkapan..

meaning takut nanti terkurang apa2 la..

kalau boleh nak tetamu datang dan balik dgn rasa puas hati dgn layanan kami..

sampai best friend haku mai pun haku layan gitu gak..hahahaha

nashra
Moderator
Moderator

Posts : 555
Join date : 2008-02-12

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by meowlin Sat Apr 19, 2008 8:02 pm

bestnyaa kalu nash dok dekat.. boleh kita saling kunjung2 hehe..

tul ckp nash.. kita paling risau takut ada apa2 yg terkurang kan... kalu boleh nak seme berpuas hati ..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc Empty Re: ANEKA MEE..mee goreng/mee rebus/mee kari etc

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum