Revolusi
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Petua penjagaan pokok

Go down

Petua penjagaan pokok Empty Petua penjagaan pokok

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:12 pm

kita dapat petua ni kat internet juga.. sekiranya ada sebarang kemushkilan bolehlaa kita refer kat sini.. manalaa taw ada keberkesanannya kan.. kawan2 yg ada apa2 petua penjagaan pokok pun bolehlaa post kat sini yaa.. Very Happy

Petua Pokok jenis semusim, herba sesuai tanam dalam pasu

MENANAM pokok dalam bekas seperti pasu menjadi satu pilihan bagi pokok seperti jenis semusim dan herba. Dengan menggunakan kaedah itu, pokok yang sempurna boleh digunakan sebagai pokok hiasan dalaman atau hiasan luar.

Bekas

Pelbagai bekas boleh digunakan seperti pasu tanah liat (terracota), seramik, plastik serta kayu yang tahan lama, tidak mudah pecah atau retak selain cantik dari segi bentuk dan warna.

Setiap bekas yang hendak diguna, tentukan mempunyai lubang untuk pengudaraan dan saliran baik bagi mengelak air bertakung.

Pasu boleh dibeli dengan pelbagai ukuran dan paling besar dipanggil sebagai tempayan. Pasu mempunyai pelbagai bentuk seperti lurus, bulat, rendah, dan berkilat atau berongga.


Serpihan

Bahan yang perlu disediakan untuk dimasukkan di dalam pasu ialah serpihan, iaitu daripada pecahan pasu berukuran tiga hingga empat sentimeter besar.

Selain pecahan pasu boleh juga digunakan batu kelikir, kulit kerang atau serpihan kayu arang.

Serpihan ini diatur berlapis-lapis di bahagian bawah pasu sebagai lapisan saliran yang membantu pengudaraan dan saliran baik kepada pasu.


Campuran tanah

Campuran 3:2:1 sesuai digunakan untuk kebanyakan pokok, yang mengandungi beberapa bahagian tanah, bahan organik, pasir dan baja asas.


Pokok

Anak pokok yang ditanam dalam pasu kecil atau beg plastik boleh ditanam di dalam pasu berukuran 30 sentimeter.

Tentukan anak pokok sihat dan segar, cabang seimbang dan mempunyai akar serabut. Tentukan juga tanah di dalamnya tidak terlalu kering.


Alat

Sediakan alat seperti sudip tanah, sudip garpu, pisau dan gunting pokok untuk membantu menanam pokok hiasan.


Cara menanam pokok pasu

Aturkan serpihan berlapis-lapis dan elakkan dengan menutup lubang-lubang pasu itu yang boleh menghalang pengudaraan dan saliran air.

Masukkan campuran tanah hingga separuh pasu dan ratakan tanah.

Ambil anak pokok dan keluarkan daripada pasu-pasu kecil. Elakkan daripada tanah terpecah yang boleh melukakan akar-akar.

Masukkan anak pokok ke dalam pasu dan letakkan di tengah pasu dan tentukan ia tegak.

Penuhkan pasu dengan campuran tanah dan padatkan tanah sekeliling pokok serta meratakan tanah.

Siram tanah hingga air mengalir daripada lubang pasu.

Letakkan pokok di tempat teduh kira-kira seminggu. Selepas tunas baru boleh di alih ke tempat tetap

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Petua penjagaan pokok Empty Re: Petua penjagaan pokok

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:15 pm

Petua taman sayur

JENIS sayur-sayuran yang boleh kita usahakan ialah sayur berdaun seperti, sawi, kangkong, lobak dan bayam, sayur jenis buah seperti terung, cili, petola, peria, timun dan tomato daan jenis kekecan seperti buncis, kacang panjang dan sebagainya.

Bagi memulakan kerja-kerja penanaman sayur, walaupun di keliling rumah, beberapa faktor perlu kita ambil kira, yang pertama sekali persediaan tanah, keduanya kemudahan air dan tanah, keduanya kemudahan air dan ketiganya kawasan yang tidak terlindung cahaya matahari. Mengenai sumber air, jika boleh kita adakan takungan air hujan kerana ini menjimatkan dan lebih baik untuk tanaman sayur-sayuran berbanding air paip. Bagi sesetengah rumah, terutamanya rumah-rumah taman, kebanyakan tanahnya adalah tanah yang ditambun bercampur dengan batu. Kalau tanah ini terlalu banyak batu eloklah ditambunkan sedikittanah top soil ( tanah lapisan atas) lebih kurang 10 hingga 20cm supaya ianya menjadi lebih gembur dan dan sesuai untuk bertanam sayur-sayuran. Tetapi jika batunyasedikit tanah itu boleh di cangkul terus sambil kita membuang batu-batu yang agak kasar.

Membuat batas
Tanaman sayur memerlukan batas supaya ia tidak di takungi air. Ukuran batas seelok-eloknya ialah setinggi 15-20cm, lebar 1.2 meter dan panjang 7.5 meter (mengikut keadaan tanah). Mula-mula baja organan seperti tahi ayam sebanyak 50kg digaul ke dalam batas berukuran seperti di atas.

Penanaman
Selepas saja penyediaan batas, barulah boleh di tanam. Beji benih sayuran daun selalunya kecil, di tanam terus ke atas batas. Sebelum menanam, biji benih di rawat dengan racun kulat seperti thiram. Biji benih di gaul dengan pasir halus atau peroi dan di tabur samarata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan yang du buat mengikut jarak yang di syorkan, iaitu 20cm antara baris dan 10cm antara pokok. Siram dua kali sehari di musim panas.

Pembajaan
Selepas dua minggu dari yarikh menanam eloklah sayur dibajai. Baja yang perlu di gunakan ialah baja NPK 15:15:!% atau kita panggil juga dengan baja hijau. Kadar baja yang perlu di gunakan ialah 400gm untuk sebatas. Taburlah dengan cermat supaya tidak terkena pda daun atau batang yang boleh mengakibatkan sayur menjadi layu. Dua minggu selepas membaja kali pertama, baja pula untuk kali kedua dengan menggunakan baja yang sama dengan kadar yang sama. Dalam jangkamasa 28 hingga 30 hari selepas tanam bolehlah di pungut hasil.

Penanaman sayur jenis buah pula tidaklah banyak perbezaan sangat dalam kaedah menanamnya berbanding dengan sayuran jenis daun. Cuma dalam beberapa aspekteknikalnya ada sedikit perbezaan. Umpama jarak tanaman antara pokok dan antara batas agak ajuh sedikit daripada jennis daun iaitu, 90cm(dua hingga tujuh kaki) begitu juga 60-90cm antara baris. Ini adalah kerana pokok jenis buah rendang sedikit daripada jenis daun.

Baja organan di bubuh ke dalam batas masa awal penyediaan batas sama seperti tanaman sayur juga. Cuma bezanya sayur jenis buah ini kita guna baja yang di proses khas untuk buah sebanyak dua kali pembajaan.

Pembajaan pertama di berikan pada minggu kedua lepas tanam dengan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 10 gm sepokok. Pembajaan kedua di beri pada minggu keempat dan seterusnay ketiga pada minggu keenam lepas tanam pada kadar yang sama. Perlu diingatkan baja yang di tabur jangan terlalu rapat dengan perdu pokok kerana ianya membuatkan pokok melecur dan mungkin mati.

Selepas tujuh hingga lapan minggu menanam, hasil mula boleh di petik bagi sesetengah jenis sayur buah seperti timun, petola, peria dan seumpamanya.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Petua penjagaan pokok Empty Re: Petua penjagaan pokok

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:16 pm

PETUA MENGELAKKAN POKOK TERKENA PENYAKIT

BAGI yang gemar menghias rumah dengan pokok, fikirkan cara terbaik mengekalkan kesuburan tanaman supaya lebih subur dan tahan lama. Pokok berpasu atau yang ditanam di laman rumah turut diancam pelbagai penyakit dan serangga perosak. Kenal pasti beberapa cara untuk menghindari pokok daripada dijangkiti masalah ini.

SERANGGA yang
dipanggil ‘daun hidup’
.

1 - Asingkan pokok baru di kawasan lain selama beberapa minggu sehingga anda benar-benar pasti ia bebas daripada serangga perosak

2 - Jika ada tanda pokok dijangkiti, buang pokok atau bahagian yang tidak dikehendaki.

3 - Basuh pasu atau bekas tanaman yang sudah digunakan. Buang semua daun rosak atau bunga yang kering dan cuci pokok sekerap mungkin.

4 - Anda boleh menggunakan tuala atau tisu basah untuk membuang kotoran pada daun pokok. Siram dan basahkan ia pada waktu pagi.

5 - Jika bahagian daun dijangkiti serangga perosak, basuh bahagian yang dijangkiti dengan air sabun. Jika masih tidak memberi kesan, gunakan semburan kimia anti serangga perosak dan lakukan di luar rumah

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Petua penjagaan pokok Empty Re: Petua penjagaan pokok

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:19 pm

Petua untuk keratan batang.. contoh pokok bunga kertas, bunga ros dan seangkatan dengannya..

1. potong mesti serong (bukan sudut tepat)

2. potong pada tempat persimpangan ranting (dekat ngan area bercabang)
sebab kat situ banyak sel2 pertumbuhan & hormon.

3. pacak pada tanah dlm keadaan serong. (tak senang bergoyang, kukuh)

4. rehatkan pada tempat teduh.

5. kalau ada modal, celup dlm penggalak akar sebelum tanam.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Petua penjagaan pokok Empty Re: Petua penjagaan pokok

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:20 pm

Tanaman gantung untuk kawasan terhad, balkoni

Pastikan kedudukan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memang-kas dahannya.


Di sini beberapa panduan bagi membentuk gubahan pokok gantung yang menarik:

Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.

Pastikan titisan air daripada pasu gantung itu tidak merosakkan sebarang objek di bawahnya. Gunakan pasu yang mempunyai piring pelapik bagi mengelakkan air melimpah.

Pokok gantung yang berukuran besar mudah mengotori kawasan persekitaran akibat daripada daun dan bunga yang berguguran. Oleh itu sentiasa membuang daun yang layu.

Untuk tumbuhan gantung, gunakan campuran tanah yang bersesuaian.

Pokok gantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Sebaik-baiknya siram dua kali sehari.

Pembajaan yang teratur dapat memastikan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan cepat.

Lakukan pemeriksaan terhadap pokok bagi memastikan bebas daripada serangan serangga kerana ia akan merosakkan daun yang lain.

Ketinggian pokok gantung perlu disesuaikan dengan ukuran pokok. Jika terlalu tinggi tidak akan menampakkan keindahan pokok itu.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Petua penjagaan pokok Empty Re: Petua penjagaan pokok

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:23 pm

Mengawal dan menghapuskan bena putih

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut(herba). Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina.Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena.

Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting

Ada pelbagai racun dipasaran untuk membunuh kutu daun ini seperti bifenthrin namun racun serangga ini tidak selamat digunakan keatas tumbuhan yang boleh dimakan.

Selalunya kita perlu menunggu lebih dari 10 hari sebelum mengambil tumbuhan untuk dimakan selepas dirembur dengan racun serangga.Adalah lebih selamat jika kita menggunakan kaedah kawalan biologi ataupun menggunakan bahan semulajadi untuk memerangi serangga ini

kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian dan minyak masak.Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini kedalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak.

Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan.Anda akan dapati bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air.

Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti diatas. beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini

Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini.Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia disitu kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak.

Ladybird(Hippodamia convergens) , sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena.Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Petua penjagaan pokok Empty Re: Petua penjagaan pokok

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:24 pm

Tip Laman: Khasiat daun teh

DAUN teh diakui sains boleh mengelakkan pelbagai penyakit seperti kanser, kencing manis, penyakit hati, mengurangkan kolesterol dan atherosclerosis. Oleh itu, sejak berzaman lagi orang Jepun dan China mengamalkannya dalam pemakanan mereka.

Jika anda seorang penggemar minuman berasaskan teh, jangan dibuang daun teh selepas menggunakannya. Tahukah anda, selain daripada menjamin kesihatan, daun teh mempunyai khasiat untuk menyuburkan pokok tanaman. Ia boleh dijadikan baja humus (baja akibat daripada pencernaan daun tumbuhan mati) untuk menambah kesuburan tanah.

Apa yang perlu dibuat, selepas digunakan, basuh daun teh dengan air paip untuk membersihkannya. Ini untuk mengelakkan tanaman anda dikerumuni oleh semut akibat penggunaan gula ketika menyediakan minuman.

Letakkan daun teh tadi di atas tanah tanaman anda. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Anda bukan saja boleh menikmati kenikmatan meminum teh dan menjaga kesihatan malah tanaman anda juga akan hidup subur.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Petua penjagaan pokok Empty Re: Petua penjagaan pokok

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:26 pm

BUAT SENDIRI RACUN SERANGGA & KULAT DARI BAHAN2 MESRA ALAM

1. Biji Jintan Manis (pimpinella anisum)
rendam dalam air panas sehingga sejuk dan airnya berubah menjadi coklat. gunakan terus dan jangan simpan.

sesuai untuk mencegah Kutu Terip

2. Daun Nona (annona sp)
kisar atau tumbuk dan ditapis sebelum dibancuh dengan air.

sesuai untuk mencegah kutu daun, kumbang & pengorek dahan

3. Cili
kisar 100g cili sebagai stok dan campurkan air bersama satu camca besar sabun. penggunaan sukatan ialah satu bahagian stok kepada 4 bahagian air.

sesuai untuk mencegah kutu daun dan ulat serangga berbadan lembut (soft body)

4. Kucai
rendam dalam air panas sehingga sejuk.

sesuai untuk mencegah penyakit lecuh yang selalu menyerang anak semaian

5. Daun Ketumbar (coriandrum satirum)
masak satu bahagian daun ketumbar dengan satu bahagian air, kemudian tapis dan sembur.

sesuai untuk mencegah hamama dan kutu daun

6. Akar Tuba
dijual dalam bentuk serbuk atau akar yang diketuk dan dititik sehingga mengeluarkan sap putih lalu dibancuh dengan air. berhati-hati menggunakannya kerana ia boleh membunuh ikan dalam kolam berdekatan

sesuai untuk mencegah ulat bulu, llintah bulan dan siput, kutu daun serta kumbang

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Petua penjagaan pokok Empty Re: Petua penjagaan pokok

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum