Revolusi
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

pasangan HIV

2 posters

Go down

pasangan HIV Empty pasangan HIV

Post by PeAh Thu Apr 17, 2008 2:51 am

KUALA LUMPUR: “Tidak ada apa yang perlu dikesalkan, pasangan HIV itu perlu bertanggungjawab dan menerima akibat keputusan hidup bersama yang sudah dilakukan,” kata Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Zaleha Ismail, semalam.

Beliau berkata, pasangan HIV sepatutnya tidak harus ada perasaan bimbang selepas dinikahkan terutama apabila turut membuat keputusan untuk mendapatkan cahaya mata.

“Mereka sepatutnya sudah memikirkan semasak-masaknya risiko bakal dihadapi sebelum mengambil keputusan bernikah walaupun masing-masing menyedari mereka pembawa virus HIV yang boleh membawa maut.

“Kita memang tidak boleh menghalang kehendak pasangan ini, tetapi apa yang perlu mereka perlu memikirkan kesan jangka panjang bakal dihadapi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Beliau diminta mengulas mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, mengenai wanita pasangan HIV yang sudah berkahwin bimbang berkaitan nasib anak yang bakal dilahirkan kemungkinan besar turut dijangkiti virus berbahaya itu.

Pasangan itu, yang mahu dikenali Lina, sedang mengandung enam bulan dan kini bimbang menanti kelahiran cahaya mata selepas disahkan pembawa virus HIV sejak 2005.

Status sebagai penghidap HIV dan bersuamikan lelaki yang turut dijangkiti virus berbahaya itu menyebabkan Lina bimbang memikirkan kandungannya yang dijangka ditimang penghujung Julai depan.

Zaleha yang juga bekas Menteri Kebajikan Masyarakat berkata, sepatutnya pasangan berkenaan perlu memikirkan kebaikan dan keburukan jika mereka mahu mempunyai zuriat sendiri.

“Lazimnya, anak daripada pasangan pembawa virus HIV mungkin bakal dijangkiti virus sama,” katanya meminta pasangan itu berdoa semoga anak bakal dilahirkan tidak dijangkiti virus sama.

Zaleha meminta semua pasangan yang hendak berkahwin menjalani pemeriksaan perubatan bagi menentukan mereka bebas virus maut itu.

“Tindakan ini perlu untuk kebaikan keluarga dan bagi membentuk generasi masa depan yang memiliki nilai murni,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad, berkata pasangan berkenaan perlu menerima akibat selepas mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila umat Islam ‘lari’ daripada cara hidup yang ditetapkan Allah.

“Dulu tidak ada HIV tetapi virus itu wujud apabila berlakunya perubahan dalam cara hidup manusia.

“Apabila memilih jalan itu, mereka perlu bersedia menerima akibat dan pada waktu sama perlu bertaubat.

“Kita juga perlu bersabar dengan ujian Allah dan berdoa agar semua selamat,” katanya.
PeAh
PeAh
Moderator
Moderator

Posts : 246
Join date : 2008-02-15

Back to top Go down

pasangan HIV Empty Re: pasangan HIV

Post by PeAh Thu Apr 17, 2008 2:52 am

boleh plak depa nie... mcm berbangga plak dpt kawen sesama HIV..... mcmana la nasib anak tuh nnti.... Crying or Very sad
PeAh
PeAh
Moderator
Moderator

Posts : 246
Join date : 2008-02-15

Back to top Go down

pasangan HIV Empty Re: pasangan HIV

Post by meowlin Fri Apr 18, 2008 1:08 pm

hai ntahlaa ada gak kes gini kan.. nak halang kawin kang.. org tu bernafsu..dari wat maksiat baik kawin..

bila dah kawin semestianya pasangan berkehendakan zuriat.. memang kesianlaa ngan anak yg bakal lahir..coz percentage baby yg bakal lahir nak kena HIV adalah tinggi..

setahu aku org2 yg diwajibkan berkahwin apabila mereka bebetul cukup syarat dan berkemampuan.. tapi derang ni sudah tentunya tak berkemampuan dalam erti kata derang berpenyakit dan bakal mengakibatkan kemusnahan yg bakal berlaku..

walau apapun.. semua pun terserah kepada takdir.. kalau derang nak berkahwin juga..Dan dengan kehendak Allah derang boleh berkahwin.. dan manalah tau anak2 yg bakal lahir nanti bebas dari sebarang kuman HIV... apa2pun boleh berlaku dengan kehendakNya... cuma kita sebagai manusia hanyalaa merancang.. yg menentukan Allah jua.. Wallahualam..

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

pasangan HIV Empty Re: pasangan HIV

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum