Revolusi
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

5 posters

Go down

Permulaan Huruf Nama  yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda Empty Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

Post by meowlin Tue Apr 01, 2008 2:30 am

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Permulaan Huruf Nama  yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda Empty Re: Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

Post by meowlin Tue Apr 01, 2008 2:31 am

kalau diikutkan nama sebenar aku bermula dari huruf "N"

jadi...pendapat mengenai huruf N tu ada sedikit sebanyak betulnyaa.. hehe

meowlin
Moderator
Moderator

Posts : 1329
Join date : 2008-02-10
Location : celah peti ais

Back to top Go down

Permulaan Huruf Nama  yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda Empty Re: Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

Post by firdaruddin Tue Apr 01, 2008 1:41 pm

M

betul - Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.


salah - Kelemahannya, boros dan (ni betul kot..hehe)keras kepala.
firdaruddin
firdaruddin
Moderator
Moderator

Posts : 151
Join date : 2008-03-27

Back to top Go down

Permulaan Huruf Nama  yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda Empty Re: Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

Post by mama_anggun Tue Apr 01, 2008 4:48 pm

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian (tgk mood gak).. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. (ni yg org suke pijak pala nih..)

Kelemahannya, mudah bersedih hati (mudah tsentuh, tp x mudah bsedih..) dan kurang percaya diri (ni x betul sama skali..)
mama_anggun
mama_anggun
Moderator
Moderator

Posts : 149
Join date : 2008-03-11
Location : sebelah tv

http://www.envytouch.blogs.friendster.com

Back to top Go down

Permulaan Huruf Nama  yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda Empty Re: Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

Post by PeAh Sat Apr 05, 2008 9:01 pm

yg related....

nie ikut nama betul...

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

nie nick kat cari

S

Pandai dan tekun dalam mengejar
cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah
emosi marahnya meledak-ledak.

nie nick yg member2 slalu pggl n sama dgn nick kat cnie

P

Pandai berjenaka dan selalu
ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu
yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

semua pun betul!!!!........
bounce lol!



PeAh
PeAh
Moderator
Moderator

Posts : 246
Join date : 2008-02-15

Back to top Go down

Permulaan Huruf Nama  yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda Empty Re: Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

Post by skymania Sun Apr 06, 2008 5:36 am

aku nyer
A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


ade la skit persamaan...
yg paling penting.. dalam exam..slalu dok depan.. tak sker.... Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy
skymania
skymania

Posts : 32
Join date : 2008-04-05
Location : ade la...

Back to top Go down

Permulaan Huruf Nama  yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda Empty Re: Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

Post by PeAh Thu Apr 10, 2008 10:45 pm

aperla sky x suker tp senyum....

ala2 x suker manja gteewww.... x suker tau nyah.... geek
PeAh
PeAh
Moderator
Moderator

Posts : 246
Join date : 2008-02-15

Back to top Go down

Permulaan Huruf Nama  yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda Empty Re: Permulaan Huruf Nama yg mungkin memainkan peranan Penting dlm Hidup anda

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum